Thursday 9 August 2012

Ketenangan Yang Syahdu...

                                    



"Muhasabah Diri melalui ujian Allah adalah merupakan satu nikmat yang sangat berharga"
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat illahi kita masih lagi diberi nafas untuk terus menunaikan tanggujawab kita dalam Ramadhan yang barakah ini..klu tak salah umat Islam telah masuk ke fasa malam lailatul qadar. Insyaallah, kalau kita ikhlas sepenuh hati dapatlah kita malam lailatul qadar itu. Antara kelebihan malam lailatul qadar adalah: 

KELEBIHAN MALAM LAILATUL QADAR

Carilah dengan segala upayamu malam Lailatul – Qadar pada malam-malam yang ganjil daripada 10 akhir dalam Ramadan”- (Hadis riwayat Iman Bukhari r.a.) 
Mengapa kita harus mencari Lailatul-Qadar? Jawapnya iala
h kerana malam itu satu-satunya malam yang penuh keberkatan dan amal ibadat ketika itu mempunyai nilai pahala yang lebih baik daripada 1000 bulan ( Kira-kira 83 tahun 3 bulan )..
Pada malam tersebut dengan izin Allah, para malaikat dan Jibril dari Sidratul Muntaha akan turun kebumi untuk bertemu dengan orang yang beriktikaf, bersembahyang, bertasbih, bertahmid dan bertakbir memohan kebaikan daripada Allah Taala. Para malaikat akan mengaminkan doa mereka itu. Merupakan detik-detik keemasan yang menjanjikan sinar kegemilangan individu muslim untuk merebut syurga Allah dalam kehidupan kekal abadi iaitu di akhirat.

Dari Abu Hurairah ,Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang beribadah pada malam Qadar kerana iman dan mengharapkan keredhaan Allah, diampunilah dosa-dosanya yang terdahulu." -- (Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari).

Diriwayatkan dari saiyiditina Aisyah r.aha.; oleh Ahmad, Ibnu Majah dan juga oleh Tirmizi yang menyatakan sahnya, katanya: --- "Saya bertanya: "Ya Rasulullah, bagaimana pendapat anda seandainya saya tahu malam jatuhnya Lailatul Qadar itu, apakah yang harus saya ucapkan waktu itu?"
Maka ujar Nabi: "Katakanlah: "Ya Allah ! Sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan suka memaafkan, maka maafkanlah daku ini !"
Nabi s.a.w. amat giat mencari saat itu pada sepuluh hari yang terakhir. Nabi membangunkan keluarga dan mempererat sarungnya. Marilah kita Memburu dan mencari Malam Qadar adalah Malam Yang Paling Utama sepanjang tahun.
(Sumber: Lembaga Zakat Selangor @ FB sharing is caring )

Oleh kerana itu, marilah kita sama-sama cheklist diri kita:

  • Bangun malam
  • khatam quran /baca Quran 
  • Puasa Ramadhan dgn penuh keikhlasan
  • Sedekah jariah kepada orang lain
  • Menyucikan diri iaitu saling memaafkan sesama manusia
  • Melindungi dari dari melakukan maksiat kepada Allah
  • Memperbanyakkan amalan-amalan sunat
* Alhamdulillah kalau kita masing-masing telah berjaya melakukannya sekurang-kurang adalah juga antara senarai tu kan..insyaallah Allah S.W.T tidak pernah zalim kepada hambanya mohonlah apa sahaja yang kita inginkan sesungguhnya doa orang yang berpuasa adalah mustajab


Kedatangan bulan Ramadhan walaupun menjadi suatu kebiasaan kepada kebanyakan orang, tetapi sebenarnya ianya menjadi suatu mercu tanda kepada orang-orang yang ingin mencapai kepada matlamat penghidupan yang sebenarnya iaitu seperti yang disebutkan oleh Allah swt;


Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa" (Al-Baqarah:183)



nukilan : PENA MUKHLISAH

No comments:

Post a Comment