Saturday 1 October 2011

~Jiwang MoOd~.....sadness DAy

Hanya Segenggam Setia

Lepaskanlah genggaman tanganmu
Pergilah dia menantimu
Jangan menangis...
Janganlah kau menolehku lagi
Biarlah kumembawa hati
Jangan ditanya ke mana kupergi 

Tidakkah engkau sedar siapa diriku ini
Bukan merak kayangan tapi gagak di rimba
Cuma yang ada segenggam setia
Akan kupertahankan untuk membahagiakanmu

Masih lagi aku terasa
Betapa hancurnya hatiku
Bila kau dipaksa bersama
Dengan si dia...

Senyuman yang engkau ukirkan
Seakan mengundang sengsara
Kalau ku tahu kau tersiksa
Tak kan kulepaskanmu

Setelah kau tiada di sisi
Bagiku tiada cinta lagi selamanya
Di bibir ku lafazkan rela
Di hati

~Manis tidak semuanya Indah~

Salam...ai semua

Hari ini airmata ni mcm air hujan jer...selebat ujan di luar Taman Perumahan Gong Badak Kuala Terengganu ni....aish!!hati bagai tertusuk jarum yg tajam ,,,bagai dirempuh ombak yang tinggi...begitulah pasan ak pada hari ini 1. Oktober.2011. bersamaan hari Sabtu jam 18.06 p.m...ingin merintih biarlah di dalam nukilan sahaja sudah cukup itk melukis lakaran hatiku ini...
Ya Allah,
Berilah ak kekuatan seribu kecekalan utk mghadapi dugaan & rintangan yg mendatang...aku cuba utk menempuhiyer walaupun ak tidak mampu ...Apakah Dosaku?atau mgkn ini satu btk pembalasan tok ak yg blaku tidak adil dari segi pasan dan emosi... Aku pun tidak tahu,,,,,,

Ya Allah,
Aku memohon petunjukmu....bantulah hambamu ini yang lemah ini..pimpinlah ak ke jln yg diredhaimu...ak mohon dibukakan hijabmu Ya Rabb....

Kepastian?yang pasti....sudah agak lma ati tidak menitis sayu...mgkn ini satu petanda aku smakin melupakan dirimu YA Rabb,,.ak memohon seribu kemaafan dpdmu Ya Rabb...
Sebenarnya bkn tujuan nukilan ini utk ak merintis..menagih simpati,tapi cuma ingin meluahkan pasan yg terbuku di hati ini.....

Benar kata pujangga pengalaman mgajar kita erti kehidupan yang sebenar...yg hakiki...
Semoga ak akan menemui jwapan nanti...Amin,,,,

Cuma cinta yg kuberikan kpd seseorg itu bkan mainan atau gurauan namun hati terusik tatkala..ak bagaikan dipermainkan & diapi-apikan ...bagaikan nyalaan berapi di hadapanku ini..Apakah maksud DIA melakukan semua ini kpdku?mgkn kah dtgnya dri salah & silapku...ak perlukan waktu tok mencari jwpannyer...







Cinta yang tidak berbalas itu bagaikan layang-layang putus talinya.Soal cinta adalah soal hati. Ia juga soal jodoh. Manusia hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan jodoh kita.
Soal hati tiada undang-undang. Apatah lagi paksaan.
Sejauh dan sedalam mana pun cinta kita terhadap orang, kalau ia tidak berbalas, sukar untuk mengakhirinya dengan perkahwinan.

Cinta tidak selalu bersama jodoh tetapi jodoh selalu bersama cinta.
Kahwini orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang lain. Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai tapi tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian kita sendiri daripada mengubah pendirian orang lain
Melupakan seseorang yang disayangi amat sukar.

Cinta akan hidup bersama dengan waktu, apabila waktu itu mati, maka matilah cinta itu.
Cinta sejati ialah apabila kita masih mampu tersenyum, sambil mendoakan kebahagiaan untuknya walaupun jika terpaksa melepaskannya pergi.
Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada di sisi kita.