Sunday 10 July 2011

Selangkah KejayAAn BerSama..

TEman Tercinta...

Menguruskan kegagalan?

Menguruskan kegagalan sudah tentu memerlukan kemahiran yang lebih tinggi lagi.
Remaja ertinya golongan yang kemampuan berfikirnya tentang kehidupan masih bertaraf fikiran kanak2 tetapi keinginannya sudah seperti orang dewasa. Baginya kegagalan adalah suatu yang memalukan dan menjatuhkan harga diri. Demi untuk memulihkan kembali harga diri, tanpa bimbingan yang sempurna, mereka akan melakukan apa saja agar dipandang hebat di mata rakan2 sebaya.
Bagi mereka apabila gagal dalam pelajaran, harga diri mereka sudah jatuh di mata keluarga dan tidak mungkin dipulihkan. Alang2 sudah dipandang rendah, biarlah orang tua terus kecewa asalkan rakan2 masih mengiktiraf mereka dengan kehebatan2 yang lain seperti menjadi penghisap rokok terhebat, gaya rambut terhebat atau seluar jeans terhebat walaupun dibeli dari kedai bundle. Lebih jauh dari itu mereka menjadi penghisap dadah terhebat dan mat rempit terhebat.
Siapa yang biasanya kita salahkan?  Kita tidak mampu menghalang dunia hiburan yang menyesatkan kehidupan anak2 kita kerana ruang media yang tanpa batas ini. Namun usaha2 yang berterusan dengan memastikan anak2 tetap berkomunikasi dengan kita tanpa ragu2 harus dilakukan.
Apa yang akan berlaku pada kita 10 atau 20 tahun lagi sudah tidak penting. Tetapi apa  yang akan berlaku pada anak2 kita 10 atau 20 tahun lagi itulah yang sebenarnya lebih penting.
Bantu anak2 menguruskan kejayaan mereka dan jangan biarkan mereka menguruskan sendiri apabila menghadapi kegagalan. 
Kegagalan itu sebenarnya hanyalah kejayaan yang ditangguhkan buat sementara waktu.
Apabila kita gagal:
  1. Sudahkah kita memujuk hati supaya redha denganNya dengan cara  yang sempurna?
  2. Sudahkah kita meyakini bahawa ini adalah hanya untuk sementara sebagai ujian Allah untuk kita meningkatkan usaha?
  3. Sudahkah kita mendapat bantuan dari orang yang lebih dewasa, berpengalaman dan berilmu untuk mendapat nasihat?
  4. Sudahkah kita membuat rangkakerja selanjutnya untuk bertindak?
  5. Sudahkah kita berusaha untuk menyelidikki punca kegagalan dan  mengatasinya selepas ini?
  6. Sudahkah kita memohon maaf kepada orang2 yang pernah kita sakiti, terutama ibubapa?
  7. Sudahkah kita bersedia untuk meningkatkan ibadah?
  8. Sudahkah kita bersedia untuk diuji lagi?
Kalau sudah bermakna anda sudah sedia untuk berjaya.
Mulakanlah langkah menuju kejayaan dengan lafaz Bismilah dan hatilah2 supaya setiap langkah kita tidak menyakiti sesiapapun termasuk semut yang kecil.
Dengar dan sahutlah panggilan azan setiap 5 waktu kerana di dalamnya ada jemputan Allah untuk kita berjaya.
Haiya ‘alal falah” …..marilah menuju kejayaan.
Azan dilaungkan dari rumah Allah yang mulia maka berjalanlah ke sana untuk mencari kejayaan apabila dipanggil tanpa berlengah2.  Ia adalah panggilan Allah pemilik kejayaan yang kita inginkan itu.
Kejayaan yang sempurna ialah apabila usaha dilakukan  penuh ikhlas dan meletakkan diri dalam genggaman Allah sepanjang masa.

No comments:

Post a Comment